Menaiki Takhta Selim_II

Setelah menaiki takhta kerajaan menggantikan ayahandanya Sulaiman al-Qanuni pada 7 September 1566, Selim II menjadi sultan pertama yang mengurangkan aktiviti ketenteraan dan berhasrat untuk menyerahkan kuasanya kepada para menteri.[2]. Perdana Menterinya Sukollu Mehmed Pasha yang berbnagsa Serbia, telah mengawal banyak wilayah dan dua tahun selepas Selim II ditabalkan sebagai sultan, berjaya di dalam perjanjian di Constantinople, pengiktirafan (17 Februari 1568) dengan Hasburg (Maharaja Suci Rom) Maximilian II, di mana Maharaja bersetuju untuk membayar hutang dua kali sebanyak 30 000 ducats, dan menerima kekuasaan kerajaan Uthmaniyah di Moldavia dan Wallachia.

Sultan Selim II menerima anugerah Safavid di dalam istana di Edirne pada 1567.